Wednesday, November 18, 2009

Sahabatku...Bersabar lah..

Aku bukan nak cakap pe lah,bukan nak kutuk ker ape ker. Kekdg keje tuh di buat berkali-kali sedangkan dah buat, dah dihantar pun. Aku pun x faham lah, bila aku tegur ker, bgtaw ker, kene buat jugak. Aku faham, ini lah yang dikatakan ‘profesional’. Aku mmg tabik spring beb. Sifat ‘profesional’ ini menyebab aku ‘suke’ sangat dgn kerja aku nih. Walaupun aku nih ‘pak turut’ hanya mengikut arahan pihak atasan, nak ke x nak ke, mmg kene buat jugak. Dah memang periuk nasi aku kat sini. Cadangan atau teguran staff lain langsung x leh terima, jadi smpai skang aku jadi ‘pak turut’. Setiap hari aku bekerja dgn ‘riangnya’ walaupun masa depan aku agak gelap kerana caruman blm diketahui statusnya. Aku sedar, aku nih org bawahan, org kampung yang mungkin bg mereka boleh diperkotak-katikkan agaknya. Islam ngajar aku utk bersabar dan terus bersabar, kalo org lain, mesti tiap2x hari maki hamun, kutuk sana sini, tp bagi aku x elok lah buat mcm tuh. Seperti mendoakan kecelakaan setiap saat bagi mereka. Aku x mau mendoakan begitu, kerana aku sendiri pun x betul. Kekdg blm tentu doa kita akan diterima sebab dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Apa yang perlu kita buat, adalah bersabar..

Ramai org tanya aku, ko x nak cari keje lain ker? Em…susah lah aku nk jwb bab tukar keje nih. Dah…..penin kpl aku bila pikir pasal tukar kerja. Skang pun Alhamdullillah dan penduduk kg tempat aku kerja pun dah kenal aku. Jd, x de masalah bg aku utk campur ngn org kg.

Kekdg org pandang kita dari segi ‘luaran’ sahaja tapi ‘dalaman’ diaorg x taw. Mcm aku nih, selalu di pandang serong. Bukan nya aku x taw, tgk aku mcm x buat kerja, pakaian x tag-in dan mcm2 lagi lah. Aku x kesah kalo korang cakap aku nih apa pun, dan aku x pernah marah kalo ditegur pun. Aku rilek jer walaupun keje tuh di buat berulang2x kali dan bende yang sama. Aku tetap rilek jer..

Semoga Allah teguhkan hati aku dalam dugaan ini…Amin..

Adoiiiii....

Adoiii....sakitnya.
aku skang tgh borink jadi terjumpe gmbar nih maka aku post lah kat blog aku. skang aku tgh bayangkan kaum lelaki yang kene sepak mcm gmbar kat atas nih ha....
mampos...nak pakai lama tuh...pastu kene sepak.
maen bola terlalu ganas daa...bila aku tgk gmbr nih aku dapat rasakan yang mamat baju merah tuh sepak sekuat hati dia..
perghhh...jadi "kontot" lah mcm nih...

bagi kaum lelaki mintak dijauhkan kejadian seperti ini ketika anda bermain bola sepak @ futsal.
hohohoho....

Sudut Bercerita

CERITA 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

CERITA 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

CERITA 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti
kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah
sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

CERITA 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

CERITA 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.
Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

CERITA 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..

Posmen: "Assalamualaikum"
En. Din: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Din ye?
En. Din: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
En. Din: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"

CERITA 7

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : "Selamat pagi tuan"
Polis : "Selamat pagi"
Polis : "Apa hal?"
Orang asli : "Saya nak buat repot tuan"
Polis : "Fasal apa tu?"
Orang asli : "Kawan saya di baham harimau"
Polis : "Pukul berapa?"
Orang asli : "Dia tak pukul, terkam ..."
Polis :"Habis?..."
Orang asli : "Tak habis, tinggal kepala.."

CERITA 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu" jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

CERITA 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong
jari saya.

Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

CERITA 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawab atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

CERITA 11


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.

Polis : "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"

Penjaga : "Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir."

Polis : "Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?"

Penjaga : "Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!"

Friday, November 13, 2009

Aku Eksiden!!!







Pada 12-11-2009 kereta aku di langgar lori tanah. time tu hujan lebat gile beb ondway gi keje.tgh bawak kete tuh depan sekolah aku nampak budak sek rendah nk melintas jalan.betul2x depan sekolah keb ayer baloi.jadi aku perlahan kereta bagi budak tu lalu.biasa lah dpn sek beb.blkng aku ada kete myvi hitam tetiba potong kanan aku dan blkng myvi tuh ada lori terus langgar aku.malang sungguh time tuh.aku contact "member2" aku utk tolong.
akhirnya,settle jugak sebab tokeh tuh nak ganti.
alhamdulillah...

KES ROGOL MENYAYAT HATI!!!!


Kejadian ini berlaku pada 12/11/09 jam 6.15 petang. Ketika aku ada "mesyuarat tingkat" kat rumah Abg Parman, tetiba ada kucing tgh rogol beb!!!Jadi,sempat jugak aku rakam. Untuk Abg Ali, saya minta maaf,k.
Just 4 fun.
hohoho...

Pemilikan Budaya????

Malam tadi aku tengok suara siswa yang bersiaran jam 10.30 hingga 11.30 kat tv1. Isu yang mereka bincangkan perihal kemilikan budaya atau adat yang ada di nusantara. Aku pun ada pendapat sendiri, memang aku sokong dengan panel daripada USIM tuh. Pendirian beliau terhadap perkongsian perlu bagi menjalinkan hubungan harmoni dengan negara-negara Nusantara. Cara beliau berhujah tidak terpesong dengan landasan Islam yang kita pegeng selama ini. Sebenarnya hal ini tidak perlu menjadi isu kerana kita sudah berdekad berkongsi budaya yang ada di Malaysia ini. Cuma ada sesetengah pihak mungkin tawar hati atau menganggap budaya yang diamalkan di Malaysia merupakan pemilikan budaya mereka. Ini adalah salah kerana kita ada lah serumpun nusantara dan tidak perlu lah kita bertelagah mengenai hal ini.

Aku nih bukan nya pakar sejarah sebab subjek dalam SPM pun aku nih bukan nya baik sangat. Berdasarkan kefahaman aku sekarang nih, bermula daripada pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara sehingga baginda wafat Melaka merupakan pusat perdagangan entrepot disegenap benua. Semua pedagang-pedagang datang ke Melaka untuk bertukar-tukar barang dengan hasil bumi Melaka. Kehadiran pedagang-pedagang ini membawa budaya dan adat masing-masing. Kita sedia maklum pedagang ini datang daripada Arab, Eropah, Kepulauan Riau, Kepulauan Jawa dan lain-lain lagi datang berdagang di Melaka. Mereka ini sesetengah nya ada menetap di Melaka dan berkahwin dengan orang tempatan. Bermula di sini, adat dan budaya daripada negara lain mula bercambah serta di amalkan oleh mereka. Timbul lah bangsa kita sedia maklum, jawa, bugis, banjar yang rata-rata banyak bercambah di bumi Johor.

Aku berketurunan Kepulauan Jawa Tengah kerana moyang aku berasal dari sana dan mereka berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari pekerjaan. Pada zaman itu kawalan imegresen laluan sempadan agak longgar dan tidak terlalu ketat seperti waktu sekarang. Kemudian moyang aku berkahwin dengan warga tempatan dan kami sekeluarga mewarisi adat dan budaya Kepulauan Jawa Tengah. Cuma bahasa yang datuk aku jawa halus sama ngn bahasa yang moyang aku gunakan. Banyak ilmu yang Jawa dulu-dulu yang di guna pakai oleh moyang aku tapi x semua ilmu tersebut di praktikan sampai sekarang. Entah, aku sendiri tak taw lah, ilmu harimau lah, silat dalaman lah, yang konon nya daripada wali songo, ape lah semua aku x ambil peduli walaupun mmg ada dalam salasilah keluarga aku. Makanan seperti bakso, soto, sate, semua sudah menjadi biasa kat negara kita nih. Semua orang suka makan bakso atau soto dan berkongsi makanan tersebut. Tidak perlu timbul isu pemilikan dalam hal ini.

Apa yang nak aku bgtaw adalah kita seharusnya berkongsi dan bukan mempertikaikan pemilikan budaya yang ada di negara kita ini….

Tuesday, November 10, 2009

Terima keadaan sebenar

Ada sekumpulan “orang” yang sentiasa befikiran kolot, tidak mahu maju ke depan dan di anggap sebagai betul walaupun ada salah yang berlaku. Aku juga orang kampung, berketurunan jawa, makan belacan, tempe tetapi aku tidak berfikiran kampung yang terlalu sempit. Kumpulan ini seperti beruk dalam hutan. Sama juga seperti ibu ayam kerana ada telur riuh sekampung. Aku gelak melihat kumpulan “orang” ini yang suka merosakkan harta awam tanpa berfikir panjang. Kamu semua duduk dalam 1 negara kenapa perlu merosakkan harta benda awam? Walaupun aku bukan pro-kerajaan dan juga pro-pembangkang tetapi kita ada akal yang tuhan kurniakan kenalah guna dengan sebaik-baiknya.

Sekumpulan “orang” ini merusuh kerana tidak boleh menerima Qada’ dan Qadar Allah S.W.T yang telah ditetapkan. Kenapa kumpulan ini dikatakan tidak menerima ketentuan tuhan??? Sebab melakukan kerosakkan di muka bumi. Contoh paling mudah, kekalahan yang perlawanan bola sepak yang tidak boleh diterima kemudian membuat kerosakkan harta benda awam. Mereka semua tidak dapat menerima ketentuan Qada’ dan Qadar Allah S.W.T. yang telah ditetapkan. Aku nih bukan lah pakar agama, tapi harus di ingat kita nih manusia yang berakal bukan seperti beruk atau gorilla dalam hutan tuh. Binatang ini tiada akal kenapa mereka perlu bertindak seperti beruk di hutan??? Mereka semua tiada akal kah??? Rata-rata mereka semua orang Melayu. Walaupun dialek berbeza kita semua bangsa Melayu, dan tidak perlu mununjuk yang kita ini tidak puas hati dan ingin memberontak serta jiwa kacau. Jika jiwa kacau seperti beruk dihutan sekali pun, jangan lah membuat kerosakan harta awam. Pergi lah ambil sembahyang ker, berzikir ker…

Harap bende ini tidak berlaku pada setiap perlawanan…