Friday, November 13, 2009

Pemilikan Budaya????

Malam tadi aku tengok suara siswa yang bersiaran jam 10.30 hingga 11.30 kat tv1. Isu yang mereka bincangkan perihal kemilikan budaya atau adat yang ada di nusantara. Aku pun ada pendapat sendiri, memang aku sokong dengan panel daripada USIM tuh. Pendirian beliau terhadap perkongsian perlu bagi menjalinkan hubungan harmoni dengan negara-negara Nusantara. Cara beliau berhujah tidak terpesong dengan landasan Islam yang kita pegeng selama ini. Sebenarnya hal ini tidak perlu menjadi isu kerana kita sudah berdekad berkongsi budaya yang ada di Malaysia ini. Cuma ada sesetengah pihak mungkin tawar hati atau menganggap budaya yang diamalkan di Malaysia merupakan pemilikan budaya mereka. Ini adalah salah kerana kita ada lah serumpun nusantara dan tidak perlu lah kita bertelagah mengenai hal ini.

Aku nih bukan nya pakar sejarah sebab subjek dalam SPM pun aku nih bukan nya baik sangat. Berdasarkan kefahaman aku sekarang nih, bermula daripada pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara sehingga baginda wafat Melaka merupakan pusat perdagangan entrepot disegenap benua. Semua pedagang-pedagang datang ke Melaka untuk bertukar-tukar barang dengan hasil bumi Melaka. Kehadiran pedagang-pedagang ini membawa budaya dan adat masing-masing. Kita sedia maklum pedagang ini datang daripada Arab, Eropah, Kepulauan Riau, Kepulauan Jawa dan lain-lain lagi datang berdagang di Melaka. Mereka ini sesetengah nya ada menetap di Melaka dan berkahwin dengan orang tempatan. Bermula di sini, adat dan budaya daripada negara lain mula bercambah serta di amalkan oleh mereka. Timbul lah bangsa kita sedia maklum, jawa, bugis, banjar yang rata-rata banyak bercambah di bumi Johor.

Aku berketurunan Kepulauan Jawa Tengah kerana moyang aku berasal dari sana dan mereka berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari pekerjaan. Pada zaman itu kawalan imegresen laluan sempadan agak longgar dan tidak terlalu ketat seperti waktu sekarang. Kemudian moyang aku berkahwin dengan warga tempatan dan kami sekeluarga mewarisi adat dan budaya Kepulauan Jawa Tengah. Cuma bahasa yang datuk aku jawa halus sama ngn bahasa yang moyang aku gunakan. Banyak ilmu yang Jawa dulu-dulu yang di guna pakai oleh moyang aku tapi x semua ilmu tersebut di praktikan sampai sekarang. Entah, aku sendiri tak taw lah, ilmu harimau lah, silat dalaman lah, yang konon nya daripada wali songo, ape lah semua aku x ambil peduli walaupun mmg ada dalam salasilah keluarga aku. Makanan seperti bakso, soto, sate, semua sudah menjadi biasa kat negara kita nih. Semua orang suka makan bakso atau soto dan berkongsi makanan tersebut. Tidak perlu timbul isu pemilikan dalam hal ini.

Apa yang nak aku bgtaw adalah kita seharusnya berkongsi dan bukan mempertikaikan pemilikan budaya yang ada di negara kita ini….

No comments: