Saturday, November 7, 2009

aku dan dia...

Apa itu cinta? Aku sendiri kekdg cube menyelami maksud perkataan tersebut. Mmg susah untuk memahami maksud nya termasuk aku sekali. Bila di tanya org yang arif tentang cinta ini, mesti dikaitkan dengan kapel, hubungan istimewa lelaki dan perempuan. Dikaitkan dengan pengorbanan, kasih sayang, sanggup tanggung risiko, ambil berat….adakah itu semua sudah jelas dengan maksud cinta? Aku bukan lah manusia yang baik, dan aku juga akui yang aku dulu memang pernah bercinta. Memang tipu kalo di tanya org aku jawab x pernah.
Hakikatnya cinta itu susah nak dirungkai. Aku sendiri pun x jelas dengan maksud perkataan cinta ini? Di sini aku nak menceritakan sesuatu kpd kamu semua tentang diri aku….pelik tapi benar dah lama aku lepas kan cinta tapi sampai sekarang sering teringat ngn org yang kita sayang. Mungkin ingatan aku kat “dia” begitu mendalam smpai sekarang. Kekdg org selalu berkata ngn aku “ko cari lain je lah gina, ramai pompuan atas muke bumi nih”. Ayat tu selalu member aku bgtaw tiap kali aku menceritakan yang aku sebenarnya tidak boleh melupakan nya. Kenapa ini berlaku pada aku? Sekarang aku cuba melupakan “dia” tapi selalu muncul dalam ingatan aku. Pernah aku solat sunat Istiharah….tapi masih mengingati “dia”. Kekdg aku selalu di marahi mak aku kerana aku tido ngigau sebut mana “dia’. Raut muka aku mmg hepi go lucky tp dalam hati nih, tuhan jer lah yang tahu.
Sekarang hanya gambar – gambar yang menjadi peneman aku. Masih lagi tersimpan dan byk kenangan “dia”. Em…yang paling menyeronok kan ialah ketika hari jadi aku. Boleh bawak kek plak ke tempat keje aku nak sambut besday. Pastu “dia” suap kan kek kat aku. Mmg hepi btl aku time tuh. Smpai sekarang aku teringat…
Agaknya bila la aku nk jumpe “dia”. Kalau jumpa pun sekadar sahabat, tanya khabar berita. Mungkin dia dah kawen sebab punca aku berpisah kerana “dia” ada pilihan keluarga dia sendiri. Aku hormati “dia” kerana ibu bapa nya yang baik dan sentiasa mengambil berat terhadap anaknya. Cuma kalau “dia” dah kawen sekali pun, kenangan dulu masih dalam ingatan aku. Susah payah aku ngn “dia” pun bersama; ingat lagi semasa blajar dulu, xde duit makan kongsi. Kalau kuar dating tuh, kekadang mkn sesama,…
“double cheese burger” itu lah makanan kegemaran “dia”. Sebab tu bila sekarang nih aku gi McD jer, mesti aku teringat “dia”. Kekdg tuh, bila aku time gaji gi batu pahat sensorang semata – mata nak mkn kat McD jer…aku nih kekdg borink sebab cuti aku nih hari isnin selasa. Jadi bila time gaji tuh, nk kuar pun member2x gi kerja. Jadi, aku g bt pahat mkn McD untuk “timbul” kan lagi suasana aku ngn “dia”. Mmg seronok time tuh, dulu time blajar kalo ada duit mesti g mkn McD ngn “dia”. Tapi, itu dulu….
“dia” begitu obsess terhadap warna hijau dan ungu. Malah baju aku yang dibelikan pun warna hijau. Dompet kecik yang di bawa selalu pun warna ungu…smpai sekarang aku x boleh tengok warna ungu atau Kumpulan Ungu tu sebab bila tgk@dengar lagu Ungu, mmg aku teringat….
Teringat seketika bila “dia” nak beli kasut…xde saiz lah plak. Hohoho…kaki nya kecik sangat kalo saiz paling kecik kat kedai tuh pun x muat. Comel nya time tuh…
Shin Chan, aku selalu belikan “dia” patung tuh…x taw lah “dia” ada simpan lagi ke x…Surat “dia” pun aku simpan lagi…
Bunyi nya mcm aku nih kecewa teramat sangat smpai sekarang…aku mengharap dia sms aku, call aku, paling tidak pun add aku kat tagged dan facebook….

No comments: