Tuesday, October 27, 2009

"haluan"

Siapa sangka kehidupan kita pada hari ini dikelilingi yang kita tidak senangi. Aku dalam keadaan bosan terlintas mencatat artikel ini yang secara tiba – tiba terlintas di dalam fikiran aku. Kesatuan “tanah melayu” yang semakin lama semakin tidak relevan di kaca mata golongan muda. Kepincangan di dalam kesatuan itu sendiri membuatkan golongan muda pada hari ini rasa meluat, loya, dan geli kerana tingkah laku “gila kuasa” orang tertentu. Sikap itu kekadang aku lihat sebagai platform untuk mengundang masalah diri sendiri. Sedia maklum, wang, kuasa, pengaruh menjadi taruhan dalam “arena” ini. Kita tidak sedar bahana yang akan datang jika berterusan dan semakin hari kita menjadi bosan melihat telatah “mereka”. Apa nak jadi pada masa sekarang? Golongan cerdik pandai dipinggirkan dan tidak dipandang jauh oleh mereka. Kita pada masa nya hanya tahu bersuara tapi untuk melaksanakan nya memang susah. Begitu juga dengan aku, hanya mampu mencatatkan apa yang terfikir. Ada sesentengah orang akan tidak menerima pendapat orang lain. Disebabkan? Kedudukan, yang mahu gunakan kesatuan sebagai medium “mencari duit” yang kita sendiri tahu. Realiti, semua realiti, aku sudah muak dengan propaganda televisyen yang “berat sebelah”. Pembaca artikel ini mesti berasa kurang selesa bila dikatakan “berat sebelah”, benar bukan? Aku pula tidak menyokong memana belah pihak, hanya berada di “tengah – tengah” gelanggang “arena” yang hanya mampu melihat dan mungkin menganalisis “telatah” yang “mereka” buat.

Bicara dimulakan dengan permulaan bagi gelombang golongan muda yang semakin hari semakin sedar situasi yang berlaku sekarang. Lepasan IPT merupakan golongan yang terpenting bagi sesebuah organisasi. Apabila seseorang graduan IPT menamatkan pengajian beliau, “kedudukan” beliau sekarang di tengah – tengah. Tidak di haluan “kanan” atau haluan “kiri”. Mereka ini bebas memilih sebab mereka adalah terpelajar yang kebanyakkan lulusan diploma, ijazah, master dan sebilangan kecil PhD. Siapa sangka mereka ini mempunyai pendapat, idea, yang bernas dan boleh memajukan ekonomi. Bagaimana golongan muda ini memilih “haluan” mereka? Adakah anda terfikir golongan ini bakal merombak keputusan dalam 1 organisasi? Siapa yang perlu “membawa” mereka ke haluan masing – masing? Jawapan nya, demokrasi. Yang kita selalu angkat dan laungkan yang mana sifat keterbukaan. Tiada berat sebelah, tiada unsur perkauman, dan tiada isu jantina lelaki dan perempuan. Bukan nya aku hendak mempertikaikan keterbukaan ini tetapi dalam media massa sekarang ini, rata – rata nya tidak terbuka. Bermula aku kecil sampai sekarang, hanya fokus kepada 1 “pihak” sahaja. Ya, ini lah yang dikatakan demokrasi di sini. Pihak “lain” tidak mempunyai hak untuk bersuara menyatakan kebenaran dan pendapat mereka kerana bukan 1 “aliran”. Pelik bukan, hal ini tidak sepatut nya berlaku. Aku sentiasa melihat rancangan di televisyen sampai sekarang, pada hemat aku, benar kah “mereka” berkelakuan sedemikian? Rentetan pengaruh dan kuasa, sesiapa pun boleh di katakan “kebal” walaupun secara fakta nya salah dan di buat terang – terangan. Terlintas dalam hati aku dan sering berkata sendiri, dan sering tertanya – tanya untuk permasalahan tersebut. Susah hendak aku katakan dan masih “tergantung”….

Siapa yang perlu “mencorakkan” haluan golongan muda ini? Dari akar umbi sepatutnya menerima pendapat mereka. Jangan di abaikan mereka, sedikit pun tidak terlintas untuk mengambil kedudukan yang berkuasa itu dalam kesatuan. Hanya mencadangkan dan jangan membuat tuduhan yang tidak berasas jika pendapat itu bertentangan dengan “mereka” yang sudah lama “di dalam”. Apa yang pasti, dari semasa ke semasa jika tidak di ambil tahu, nescaya “goyah” lah yang kita pegang selama ini. Dan lebih ditakuti pihak haluan “kiri” akan mencorakkan mereka dan ia boleh mengugat “kekuatan” kesatuan…

No comments: