Tuesday, November 10, 2009

Terima keadaan sebenar

Ada sekumpulan “orang” yang sentiasa befikiran kolot, tidak mahu maju ke depan dan di anggap sebagai betul walaupun ada salah yang berlaku. Aku juga orang kampung, berketurunan jawa, makan belacan, tempe tetapi aku tidak berfikiran kampung yang terlalu sempit. Kumpulan ini seperti beruk dalam hutan. Sama juga seperti ibu ayam kerana ada telur riuh sekampung. Aku gelak melihat kumpulan “orang” ini yang suka merosakkan harta awam tanpa berfikir panjang. Kamu semua duduk dalam 1 negara kenapa perlu merosakkan harta benda awam? Walaupun aku bukan pro-kerajaan dan juga pro-pembangkang tetapi kita ada akal yang tuhan kurniakan kenalah guna dengan sebaik-baiknya.

Sekumpulan “orang” ini merusuh kerana tidak boleh menerima Qada’ dan Qadar Allah S.W.T yang telah ditetapkan. Kenapa kumpulan ini dikatakan tidak menerima ketentuan tuhan??? Sebab melakukan kerosakkan di muka bumi. Contoh paling mudah, kekalahan yang perlawanan bola sepak yang tidak boleh diterima kemudian membuat kerosakkan harta benda awam. Mereka semua tidak dapat menerima ketentuan Qada’ dan Qadar Allah S.W.T. yang telah ditetapkan. Aku nih bukan lah pakar agama, tapi harus di ingat kita nih manusia yang berakal bukan seperti beruk atau gorilla dalam hutan tuh. Binatang ini tiada akal kenapa mereka perlu bertindak seperti beruk di hutan??? Mereka semua tiada akal kah??? Rata-rata mereka semua orang Melayu. Walaupun dialek berbeza kita semua bangsa Melayu, dan tidak perlu mununjuk yang kita ini tidak puas hati dan ingin memberontak serta jiwa kacau. Jika jiwa kacau seperti beruk dihutan sekali pun, jangan lah membuat kerosakan harta awam. Pergi lah ambil sembahyang ker, berzikir ker…

Harap bende ini tidak berlaku pada setiap perlawanan…

No comments: