Tuesday, October 27, 2009

"haluan"

Siapa sangka kehidupan kita pada hari ini dikelilingi yang kita tidak senangi. Aku dalam keadaan bosan terlintas mencatat artikel ini yang secara tiba – tiba terlintas di dalam fikiran aku. Kesatuan “tanah melayu” yang semakin lama semakin tidak relevan di kaca mata golongan muda. Kepincangan di dalam kesatuan itu sendiri membuatkan golongan muda pada hari ini rasa meluat, loya, dan geli kerana tingkah laku “gila kuasa” orang tertentu. Sikap itu kekadang aku lihat sebagai platform untuk mengundang masalah diri sendiri. Sedia maklum, wang, kuasa, pengaruh menjadi taruhan dalam “arena” ini. Kita tidak sedar bahana yang akan datang jika berterusan dan semakin hari kita menjadi bosan melihat telatah “mereka”. Apa nak jadi pada masa sekarang? Golongan cerdik pandai dipinggirkan dan tidak dipandang jauh oleh mereka. Kita pada masa nya hanya tahu bersuara tapi untuk melaksanakan nya memang susah. Begitu juga dengan aku, hanya mampu mencatatkan apa yang terfikir. Ada sesentengah orang akan tidak menerima pendapat orang lain. Disebabkan? Kedudukan, yang mahu gunakan kesatuan sebagai medium “mencari duit” yang kita sendiri tahu. Realiti, semua realiti, aku sudah muak dengan propaganda televisyen yang “berat sebelah”. Pembaca artikel ini mesti berasa kurang selesa bila dikatakan “berat sebelah”, benar bukan? Aku pula tidak menyokong memana belah pihak, hanya berada di “tengah – tengah” gelanggang “arena” yang hanya mampu melihat dan mungkin menganalisis “telatah” yang “mereka” buat.

Bicara dimulakan dengan permulaan bagi gelombang golongan muda yang semakin hari semakin sedar situasi yang berlaku sekarang. Lepasan IPT merupakan golongan yang terpenting bagi sesebuah organisasi. Apabila seseorang graduan IPT menamatkan pengajian beliau, “kedudukan” beliau sekarang di tengah – tengah. Tidak di haluan “kanan” atau haluan “kiri”. Mereka ini bebas memilih sebab mereka adalah terpelajar yang kebanyakkan lulusan diploma, ijazah, master dan sebilangan kecil PhD. Siapa sangka mereka ini mempunyai pendapat, idea, yang bernas dan boleh memajukan ekonomi. Bagaimana golongan muda ini memilih “haluan” mereka? Adakah anda terfikir golongan ini bakal merombak keputusan dalam 1 organisasi? Siapa yang perlu “membawa” mereka ke haluan masing – masing? Jawapan nya, demokrasi. Yang kita selalu angkat dan laungkan yang mana sifat keterbukaan. Tiada berat sebelah, tiada unsur perkauman, dan tiada isu jantina lelaki dan perempuan. Bukan nya aku hendak mempertikaikan keterbukaan ini tetapi dalam media massa sekarang ini, rata – rata nya tidak terbuka. Bermula aku kecil sampai sekarang, hanya fokus kepada 1 “pihak” sahaja. Ya, ini lah yang dikatakan demokrasi di sini. Pihak “lain” tidak mempunyai hak untuk bersuara menyatakan kebenaran dan pendapat mereka kerana bukan 1 “aliran”. Pelik bukan, hal ini tidak sepatut nya berlaku. Aku sentiasa melihat rancangan di televisyen sampai sekarang, pada hemat aku, benar kah “mereka” berkelakuan sedemikian? Rentetan pengaruh dan kuasa, sesiapa pun boleh di katakan “kebal” walaupun secara fakta nya salah dan di buat terang – terangan. Terlintas dalam hati aku dan sering berkata sendiri, dan sering tertanya – tanya untuk permasalahan tersebut. Susah hendak aku katakan dan masih “tergantung”….

Siapa yang perlu “mencorakkan” haluan golongan muda ini? Dari akar umbi sepatutnya menerima pendapat mereka. Jangan di abaikan mereka, sedikit pun tidak terlintas untuk mengambil kedudukan yang berkuasa itu dalam kesatuan. Hanya mencadangkan dan jangan membuat tuduhan yang tidak berasas jika pendapat itu bertentangan dengan “mereka” yang sudah lama “di dalam”. Apa yang pasti, dari semasa ke semasa jika tidak di ambil tahu, nescaya “goyah” lah yang kita pegang selama ini. Dan lebih ditakuti pihak haluan “kiri” akan mencorakkan mereka dan ia boleh mengugat “kekuatan” kesatuan…

Jiwa Kacau


Kepala tengah "stone" dan menenangkan fikiran yang kacau bilau. Alangkah syoknya aku time tuh, kepala x lah kusut sangat. Selalu nya sebelum keje lepak lah kat warung kopi jap. Seronok tengok org berbual2x jawa pasal isu-isu semasa. Aku x boleh mencelah kerana mereka lebih "makan garam" dari aku. Jadi, pendapat, idea aku x akan diguna pakai. Sudah jadi tradisi kita kalo org tua tgh berbual x leh menyampuk. Bagi aku boleh, tapi kene lah berhemah dan salam dengan penuh perasaan kasih sayang sesama kita.
Kekadang aku jadi x keruan sebab gaya penceritaan di warung kopi yang membingitkan aku. Perkataan yang selalu aku kerap dengar mesti menyalahkan golongan muda. Aku ketawa dalam hati aku, apesal lah diaorg x leh fikir yang idea dari golongan muda sebenarnya banyak membawa kebaik kan. Tapi, tred skang idea tersebut tidak akan di bawa ketengah. Mungkin ayat mereka berbaur politik tapi dalam hemat aku, niat aku tidak berbaur politik pun. Di salah anggap yang kita nih golongan haluan kiri. Silap besar jika beranggapan begitu. Aku taw, aku tidak mempunyai apa-apa. Tiada "isi" dalam diri aku....
Apa nak jadi dengan situasi sekarang?

"tuan tanah"

Pada masa kini, keadaan semasa telah banyak berubah. Peperangan, politik, kebuluran, penyakit berjangkit, bencana alam, kes jenayah yang semakin meningkat saban hari membuatkan aku terfikir sejenak. Kenapa hal ini mesti berlaku? Golongan yang berkuasa, mempunyai pengaruh, mempunyai wang boleh dikatakan kebal dan tiada sesiapa pun yang boleh pertikaikan kebenaran nya. Peringkat hieraki dalam masyarakat semakin lama semakin terpadam dan orang tidak lagi hormat – menghormati di antara 1 sama lain. Keistimewaan bangsa yang semakin lama semakin dipertikai oleh golongan tertentu. Pada akar umbi sejak dahulu lagi keistimewaan ini tidak boleh dipertikai oleh sesiapa. Sekarang, ada golongan tertentu berani tampil kehadapn dengan mempertikai kedudukan istimewa bangsa Melayu. Aku bukan seorang yang bersifat perkauman tetapi konsep itu sendiri menyebabkan dari hari ke hari hak tersebut hilang sedikit demi sedikit. Isu kesemarataan dalam lapisan bangsa menyebabkan kita di pijak dan aku sedih bila ada bangsa sendiri sanggup mengkhianati sebangsa sendiri. Aku hanya insan kerdil, tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai pengaruh dari mana-mana pihak, dan tidak berupaya untuk mengetengahkan sesuatu perkara yang akan menyinggung pihak-pihak tertentu. Mungkin ada dikalangan kita akan bermasam muka jika diketengahkan dan tidak bertegur sapa di antara 1 sama lain. Kenapa hal begini berlaku? Berdasarkan pengamatan, pemerhatian aku, ada sesetengah “golongan” ini tidak akan dapat menerima idea, pendapat golongan muda. Pada “beliau” takut kedudukan mereka sekarang akan tergugat dek idea, pendapat golongan muda yang selalu diluahkan. Hasilnya, fikiran “beliau” mundur, tidak berdaya saing, berfikiran kolot, tidak boleh menerima idea dan hal ini menyebabkan mereka makin gah dengan kuasa dan pengaruh yang beliau ada.

Kroni? Istilah “kabel” jika ingin mendapat sesuatu yang kita kehendaki selalu terkeluar dari mulut kita sendiri. Adakah ini dikatakan keadilan? Potensi golongan muda tidak pernah di ambil tahu dan mereka tidak sedar golongan ini akan merubahkan segala nya dengan 1 pilihan mereka masing-masing. Susah hendak dipercayai pada masa sekarang kita selalu mendengar laungan atau konsep baru tetapi adakah “mereka” mendengar luahan golongan muda? Yang tua kan digantikan yang muda kerana ini sudah pasti. Gelombang perubahan akan berlaku pada masa akan datang dan keputusan yang muktamad tidak boleh dipertikai oleh sesiapa. Ini ada lah luahan aku apa yang aku nampak sekarang. Perubahan memang perlu tetapi harus lah berdasarkan pendapat dan kehendak orang lain. Adakah wajar ini dilakukan? Sepatutnya istilah “kabel” tidak perlu kita keluar dari mulut kita sebab kita sendiri menyokong “kesemarataan” didalam masyarakat. Anda sendiri mungkin menyokong dan melaungkan konsep “kesemarataan” yang anda tidak sedar, sedikit demi sedikt keistimewaan “tuan tanah” di ambil dengan rakus tanpa mempedulikan orang lain. Aku sedih bila sebangsa sendiri tidak dipeduli;kebajikan tidak diperduli. Kita sebangsa dan “tuan tanah” ini kita harus pertahankan. Jangan disebabkan konsep “kesemarataan” kita tidak hilang hak istimewa? Anda silap, sedikit demi sedikit dan akan berlaku perubahan dalam masa beberapa tahun lagi. Mentaliti orang yang menerima nya mesti tidak berfikir panjang, kita boleh melaungkan, menyokong tapi kita tidak melaksanakan laungan tersebut. Aku lihat syarikat sebangsa aku ada yang tidak mempedulikan kebajikan sesama bangsa. Jangan terasa apa yang aku beritahu kerana ini adalah realiti dan mereka yang baca artikel ini mesti akan terasa hati, sumpah seranah, dan perkataan “nanti” sudah banyak kali di ucap. Adakah anda bosan jika berlaku pada anda sendiri? Kita sebagai manusia perlu bersabar dalam apa jua keadaan. Sabar dan terus sabar dan tetap “menunggu” dengan penuh harapan. Alangkah sedihnya, malangnya pengorbanan yang dilakukan tidak dihargai dan tidak dipedulikan. Hanya melepaskan batuk ditangga, alahai sebangsaku, kenapa kita perlu begini? Kita adalah sebangsa “tuan tanah”, kenapa menidakkan hak yang telah termaktub? Adakah aku sendiri yang bersalah. Susah untuk aku berfikir acapkali masa depan, masa tua yang makin “kabur” dan tidak menentu. Alangkah bagusnya jika pengorbanan untuk “menunggu” di tunaikan. Mesti gembira terukir di raut wajah masing-masing dan sentiasa mendoakan kestabilan, kesejahteraan, murah rezeki. Tetapi sekarang? Maki hamun, penyataan tidak sepatutnya dikeluarkan keluar, mendoakan kecelakaan. Hal ini tidak baik dan akan mengundang padah pada diri sendiri dan yang bergantung dengan nya. Aku tahu, kemarahan kekadang tidak dapat dibendung dikalangan kita tapi kita perlu ingat, kita kena patuh pada arahan yang telah ditetapkan. Walaupun tidak mengambil tahu, mengambil “masa” disebabkan perkara-perkara tertentu yang tidak dapat dielakkan, kita kena akur sebab kita ada sebangsa! Jangan sesekali menipu orang kampung dan jangan anggap orang kampung itu “mudah ditipu?”, kolot. Kamu sebangsa dengan kami jangan membuat anggapan sebegitu kerana nanti buruk padahnya. Jangan bandingkan kami dengan yang ada di Bandar, silap langkah akan membawa padah kepada diri anda sendiri. Dalam hal sedemikian, hendak lah sama-sama bertolak ansur. Aku sayangkan Negara aku ini kerana aku dilahirkan disini, membesar disini dan disemadikan disini. Jadi, jangan sesekali “langkah kiri” pada orang kampung, buruk padahnya. Bersyukur tidak semua bangsaku begitu, yang tertentu sahaja yang tidak tahu berfikir yang kita adalah sebangsa dan tidak perlu tindas menindas!

Monday, October 26, 2009

Kelengkapan PJK





Semua PJK di Malaysia mempunyai kemudahan ICT yang terkini untuk pengguna. Kadar bayaran yang rendah iaitu sebanyak RM1.00 untuk ahli PJK yang berdaftar. Bagi yang bukan ahli RM1.50 dikenakan bagi setiap jam yang digunakan.

Bagaimana untuk menjadi ahli PJK di kawasan anda?

Untuk daerah Pontian, klik link PJK yang anda mahu dan semua info berkaitan ada di situ. Keahlian PJK dikenakan sebanyak RM5.00 seumur hidup dan ahli PJK boleh menikmati kelas komputer tanpa bayaran yang dikenakan.

Tenaga Pengajar kami berpengalaman dalam bidang komputer dan pengguna dan tenaga pengajar adalah "friendly".
Setelah habis modul pengajaran, sijil ICT akan diberikan kepada mereka yang sudah abes kursus ICT. Untuk maklumat lanjut layari website Pusat Jalurlebar Komuniti


Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK)

Daerah Pontian mempunyai 5 PJK

  1. PJK Sg Pinggan
  2. PJK Permatang Sepam
  3. PJK Kg Parit Panjang
  4. PJK Pulai Sebatang
  5. PJK Kg Seri Bunian
Sila klik kat link di atas untuk mengetahui maklumat lebih lanjut

"Merapatkan Jurang Digital"

My Love



Kereta ini baru di beli keluaran tahun 2004. Tenggiling ini aku beli 2nd hand jer. Xmampu ler aku nak beli baru. Skang nih dalam planning nak tukar enjin Mivec 1.6. Tp x taw lah coz ongkos nya xde lah. Pelan2x baru bikin kete nih.

Masa mula2x beli tuh mak aih, byk giler problem da. Tengguling nih sebu semcm jer, xpenah di servis da. Akhir nya dapat jugak aku overhaul kete nih dan x sebu lagi dah. Aku x taw lah skang nih kete aku Smpai Genting ke x. Nk try lah g nanti bulan 12.

Syg kat kete aku nih. Byk berjasa.hu3
Ini lah enjin yang aku nak nih masuk dalam kete aku nanti. Tapi mahal plak RM5000++

Sejarah 5 Saudara

Ada lagi pendapat yang menarik, di mana dalam kertaskerja Ong Hak Ching dari Jabatan Sejarah UKM menyebutkan, Sultan Mansur Shah telah memberi tempat kediaman di Bukit Cina kepada Puteri Hang Li Po dan 500 dayang-dayangnya. Termasuk mereka yang belum Islam atau sudah Islam. Anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ yang bermakna ‘golongan yang dilindungi’.

Pada saya, mungkin dari sinilah lahirnya golongan ‘baba & nyonya Melaka’ yakni golongan Cina yang masih belum beragama Islam tetapi sudah berbudaya (berpakaian, bercakap, makan atau lain-lainnya) seperti orang Melayu, terdapat hingga ke hari ini di Melaka. Kerajaan waktu itu tidak memaksa mereka menganut agama pemerintah, menekan atau menghalau keluar dari negaranya sendiri seperti yang berlaku dalam kebanyakan negara-negara minoriti orang Islam hari ini.

Golongan seperti ini (yang belum Islam) dalam Negara Islam disebut ‘zimmi’, bermakna ‘yang dijamin’ (yakni dijamin keselamatannya oleh kerajaan Islam). Bagi golongan yang telah menganut agama Islam dan berbudaya Melayu waktu itu, mereka sudah tiada beza dengan orang Melayu dan larut dalam bangsa Melayu. Bukan itu sahaja, bahkan dalam budaya Melayu pun sudah diresapi pengaruh Cina. Umpamanya istiadat payung kuning di kalangan raja Melayu, gelaran ‘biduanda Cina’, hang, silat kuntau, ukiran pagoda di masjid-masjid Melaka dan sebagainya.

Di situlah perlunya Masjid Cina atau Pusat Kebudayaan Cina, untuk kembalikan balik budaya Cina di kalangan orang Cina yang beragama Islam, atau kepada orang Cina yang baru hendak masuk Islam. Mengikut Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mempertahankan pembinaan Masjid Cina,

“… senibina pun adalah anugerah Allah hasil kreativiti manusia ciptaan-Nya. Justeru, ia perlu saling diraikan antara satu sama lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat. Inilah keindahan Islam. Lagipun, ia adalah alat dakwah yang membawa makna yang cukup besar.”

Begitupun, Masjid Cina bukan untuk orang Cina sahaja, seperti juga Masjid Melayu di Pulau Pinang dan Masjid India yang ada hampir di seluruh negara bukan digunakan oleh sesuatu bangsa sahaja. Jadi, ciri-ciri Masjid Cina perlu diluaskan perbincangannya. Konsep pembinaan dan peranaannya perlu diperjelaskan.

Seperti firman Allah SWT; ‘Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal-mengenal.’ (Hujurat: 13)

Tidak timbul soal perkauman seperti yang dicanang oleh golongan yang tidak mahu pembinaan Masjid Cina. Contohnya, di bandaraya Pulau Pinang sendiri pun sudah ada Masjid Melayu, Masjid Capitan Keling, Masjid Benggali dan Masjid Pakistan, takde gaduh-gaduh pun?!

Berbalik kepada kertaskerja Ong Hak Ching lagi, terdapat 3 andaian hipotesis mengenai hal yang disebutkan tadi. Pertama, tidak semua dari rombongan Puteri Hang Li Po itu memeluk agama Islam. Kedua, Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew adalah keturunan Puteri Hang Li Po. (Semua nama-nama itu bermula dengan ‘Hang’.) Ketiga, keempat-empat sahabat karib ini kemudiannya memeluk agama Islam, tetapi mengekalkan nama Cina mereka mengikut loghat Melayu.

Jadilah nama mereka seperti yang disebut dalam buku-buku sejarah Melayu sekarang, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. (Kalau perkataan tuah, jebat dan kasturi ada maknanya dalam bahasa Melayu, bagaimana dengan makna lekir dan lekiu? Tandanya nama-nama ini bukan asal dari Melayu..)

Kesimpulannya, Hang Tuah adalah lagenda pahlawan Melayu. Ianya dijadikan simbol dan kemegahan Bangsa Melayu, walaupun sebenarnya beliau adalah orang Cina yang di ‘Melayu’kan. Begini asal usulnya menurut hipotesis itu…

Hang Tuah, adalah anakcucu kepada keturunan rombongan Puteri Hang Li Po berbangsa Cina, yang datang dari negeri China ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Pendapat ini tidak sama dengan apa yang saya pernah sebutkan dalam tulisan pertama (Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu. iaitu “…Mereka adalah pendekar-pendekar Cina yang dihantar oleh kerajaan Cina untuk mengawal puteri Hang Li Po”).

Nama asalnya ialah Hang Too Ah. Tetapi setelah memeluk Islam dan berkhidmat dengan Sultan Melaka, sebutan namanya ini telah bertukar menjadi Hang Tuah. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi rakan karibnya yang 3 lagi, iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew, yang juga akhirnya masuk Islam. Mereka pula bergaul rapat dengan Kasturi, rakan sebaya yang berbangsa Melayu. Sebagai tanda persahabatan yang abadi, Kasturi pun diberi gelaran ‘Hang’, menjadi Hang Kasturi.


Mak Aku Sakit

Assalamualaikum.

Baru - baru ini mak aku di serang angin akhmar. Keadaan pada awalnya mmg teruk dan sekarang Alhamdulillah, penyakit beliau telah berkurangan sedikit demi sedikit.

Mak aku di urut oleh atuk aku di Kampung Parit Puteri Menangis.
Semoga mak aku cepat sembuh.

Amin.

Info Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK)

Pusat JalurLebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC)

Laman Web PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI (PJK) Mukim Ayer Baloi ini bertujuan memperkenalkan PJK kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada Rakyat Luar Bandar. Laman Web ini juga adalah untuk memperkenalkan kampung Ayer Baloi kepada masyarakat luar. Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) Community Broadband Centre (CBC) merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat serta bagi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang celik ICT menjelang tahun 2020. Pusat Jalurlebar Komuniti mula dilancarkan pada tahun 2007 dengan 12 Pusat Jalurlebar Komuniti telah dibangunkan di seluruh Malaysia untuk fasa pertama

Pengenalan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Terima kasih kerana sudi melawati blog aku. Di dalam blog ini akan memaparkan isu - isu semasa sama ada masalah komputer, politik, dan sebagai nya. Komen yang anda berikan kan amat di hargai.

Di dalam blog aku terselit video yang dirakam utk tatapan umum. Sila komen jika x bekenan dengan video tersebut.

Pengenalan tentang diri aku seperti nama URL blog dan lebih senang di panggil Awang. Berasal dari Johor dan menetap di Kampung Konoha. Berumur 25 tahun dan sudah bekerja di Pusat Jalurlebar Komuniti. Pendidikan tertinggi biasa2x jer dan x lah tinggi sangat. Aku merupakan anak sulung dalam keluarga dan adik beradik hanya 3 org jer. Bapak aku kerja pemandu teksi dan mak aku surirumah jer.

Dalam blog ini jugak aku nak promote PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI tempat aku keje. Ada beberapa masalah teknikal seperti internet perlahan akan di perbaiki dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana sudi melawati blog aku.
Sekian, terima kasih

Sunday, October 25, 2009

VIDEO

tIME bOriNK DitEMpaT kERja!!!